Peneman Dealer membantu anda memilih bahan promosi harian, mengingatkan jadual posting, memantau follow-up Prospek dan merekod konsistensi promosi. Ia ialah pembantu kerja โ€” bukan sistem auto-post.

Hari IniBil & TopupJadualRekodBantuan
1

Buka Peneman Dealer

Magic Action / Settings โ†’ Aplikasi โ†’ Peneman Dealer

Paparan dibuka pada tab Hari Ini dengan pelan cadangan, status promosi, follow-up Prospek dan status notifikasi.

2

Semak cadangan promosi hari ini

Dealer tidak perlu memilih topik dari kosong. Peneman Dealer menggunakan jadual 7 hari dan menyediakan butang Buat Status atau Post Medsos untuk membuka bahan Up Status yang sudah disediakan.

3

Semak follow-up sebelum mula posting

Jika ada Prospek yang perlu dihubungi hari ini atau tertunggak, gunakan Buka Prospek & Follow-up untuk terus ke senarai yang berkaitan.

4

Urus Bil & Topup pelanggan

Gunakan tab Bil & Topup untuk simpan tarikh bil, topup, renew data atau tempoh sah pada peranti dealer. Server hanya menerima ID reminder rawak serta jadual minimum untuk Web Push. Tetapkan reminder 7/3/1 hari sebelum atau pada hari kejadian, kemudian gunakan WhatsApp apabila reminder tiba.

5

Tetapkan jadual dan notifikasi

Dalam Jadual, pilih mod peringatan, waktu, hari aktif dan platform. Aktifkan notifikasi jika mahu menerima Web Push apabila waktu promosi tiba.

6

Rekod aktiviti yang selesai

Poster yang dikongsi/dimuat turun boleh direkod secara automatik. Anda juga boleh tekan Tandakan Sudah Post selepas selesai membuat posting.