Fungsi Bil & Topup membantu dealer menjaga pelanggan sedia ada tanpa perlu mengingati semua tarikh secara manual. Dalam v5.4.7, maklumat penuh customer kekal pada peranti dealer; server hanya membantu menjadualkan Web Push menggunakan data minimum.

1

Tambah reminder pelanggan

Action Center โ†’ Bil & Topup โ†’ + Tambah

Masukkan nama, nombor WhatsApp, jenis reminder, pelan/label, tarikh seterusnya dan waktu reminder. Selepas Simpan, rekod disahkan pada peranti sebelum paparan dianggap berjaya.

2

Pilih jenis dan ulangan

Pilihan jenis ialah Bil bulanan, Topup, Renew data, Tempoh sah atau Custom. Ulangan boleh Sekali, Bulanan, Setiap 30 hari atau Custom hari.

3

Pilih bila mahu diingatkan

Tandakan 7 hari, 3 hari, 1 hari sebelum dan/atau Hari kejadian. Waktu asal ialah 09:00 dan boleh diubah untuk setiap pelanggan.

4

WhatsApp pelanggan

Apabila reminder perlu tindakan, tekan WhatsApp. eFlyersXOX menyediakan ayat pendek mengikut jenis reminder; dealer masih menekan Send sendiri.

5

Tandakan Selesai

Untuk reminder berulang, Tandakan Selesai akan mengira tarikh seterusnya pada peranti secara automatik dan mengemas kini jadual minimum di server. Reminder sekali sahaja akan ditutup selepas selesai.

6

Tunda jika belum sesuai

Tekan Tunda dan masukkan bilangan hari seperti 1, 3 atau 7. Maklumat customer kekal pada peranti; hanya jadual snooze minimum diselaraskan untuk Web Push.

7

Backup atau pulihkan Bil & Topup

Action Center โ†’ Bil & Topup โ†’ Backup

Muat turun fail backup JSON sebelum clear data, uninstall PWA atau tukar telefon. Restore akan merge rekod dan menyimpan konflik sebagai salinan berasingan supaya rekod sedia ada tidak ditimpa secara senyap.