“Siapa tak subscribe benda ni memang rugi.”— Abbas Onexox Centre Jitra
Ikuti 13 langkah terkini
Panduan ini mengikuti aliran semasa eFlyersXOX: Nama Paparan, bahasa, keselamatan akaun, promosi, Nombor Cantik Pro, Prospek, Customer Care, User Kit pelanggan, Kad Digital dan rutin dealer.
Masukkan ID Dealer
Layari eflyersxox.top, masukkan ID Dealer yang admin telah aktifkan dan tekan Buka eFlyersXOX.
Pergi ke ruangan IDLengkapkan profil & Nama Paparan
Dalam Tetapan, semak nama rasmi, WhatsApp, Online Store, footer dan lesen. Jika nama rasmi terlalu panjang, gunakan Nama Paparan untuk paparan pelanggan tanpa mengubah nama lesen.
- Pilih WhatsApp biasa, WhatsApp Business atau Tanya setiap kali.
- Nama Paparan digunakan pada footer, Kad Digital dan thumbnail.
- Ringkasan Tetapan turut menunjukkan Setup Dealer, statistik asas dan Share Analytics anonymous.
- Akaun & Keselamatan menunjukkan penggunaan peranti. Default maksimum 3 peranti aktif untuk satu lesen dealer, dan peranti lama boleh dikeluarkan sendiri.
- Dealer Network / Team Access membolehkan Full Dealer membeli Team Lite Slot (default RM5/slot/tahun), menaja digital flyer asas kepada downline dan menggunakan Referral 1-Level sama ada terus melalui link referral atau apabila Team Lite naik taraf ke Full Licence. Maklumat Touch 'n Go boleh disimpan untuk memudahkan payout komisen.
Tetapkan bahasa aplikasi & pelanggan
Bahasa Aplikasi dan Bahasa Pelanggan/Kandungan boleh dipilih secara berasingan: BM, English, 中文 atau தமிழ்.
- Dealer boleh kekal menggunakan BM tetapi menghantar kandungan dalam bahasa pelanggan.
- Pautan pelanggan dan Kad Digital boleh membawa bahasa pilihan.
- BM kekal sebagai fallback jika terjemahan khusus belum tersedia.
Cari pelan dengan Smart Plan Finder
Pilih jenis pelan, kegunaan, bajet, data dan keutamaan. Sistem menyusun 3 pilihan paling hampir dengan skor padanan dan sebab ringkas.
- Tekan Bandingkan Cadangan untuk lihat beza sehingga tiga pelan.
- Tekan Cadangkan Untuk Pelanggan untuk hasilkan /s/KOD dengan nama, bahasa dan nota ringkas.
- Kategori utama boleh swipe pada telefon.
- Tekan kad untuk maklumat penuh sebelum berkongsi.
Sediakan bahan melalui Up Status
Pilih Poster, Poster Teks atau Poster Info. Gunakan Album Saya jika dealer mahu tarik artwork sendiri.
- Facebook, WhatsApp Status, Instagram Feed/Story, Threads, TikTok dan X.
- Saiz, safe area, CTA dan copywriting dilaras mengikut platform.
- Poster Lain, Ayat Lain dan Post Siap memberi lebih banyak variasi.
Gunakan Copywriting & Share Combo
Up Status mempunyai 8 gaya copywriting dengan sehingga 4 Ayat Lain setiap gaya. Preset campuran berubah mengikut bahasa pelanggan.
- BM + English kekal untuk Bahasa Melayu.
- Tekan Combo untuk Prepaid, Postpaid, Tempoh Sah atau Dealer Combo.
- Kongsi katalog melalui
/c/, satu pelan melalui/p/atau kombo melalui/combo/. - Jika Nombor Cantik Pro aktif, Copywriting boleh menambah pautan
/n/ID-DEALER.
Cuba Nombor Cantik Pro
Add-on ini memberi trial percuma 90 hari sekali bagi setiap Dealer ID, kemudian boleh diteruskan dengan RM20/tahun.
- Pilihan Supplier: pilih satu atau banyak nombor dan buat pesanan supplier.
- Nombor Saya: bulk paste stok dealer sendiri, tandakan Terjual / Available / Arkib.
- Pelanggan buka
/n/ID-DEALERdan stok dealer sendiri terus membawa mereka ke WhatsApp dealer. - Bila trial/Pro tamat, fungsi dealer dan paparan pelanggan ditutup tetapi stok/history tidak dipadam.
- Untuk teruskan akses, tekan Langgan / Renew, bayar RM20/tahun, upload resit dan tunggu Admin approve.
Simpan Prospek & buat follow-up
Rekod nama, WhatsApp, pelan diminati, jenis pendaftaran, tarikh susulan dan Bahasa Pelanggan.
- Data penuh Prospek kekal pada peranti dealer. Server hanya menerima ID rawak + jadual minimum untuk Web Push follow-up.
- Follow-up dan Customer Welcome mengikut bahasa prospek.
- Prospek boleh membuka Kad Digital dalam bahasa yang sama.
- Buat Backup Prospek secara berkala sebelum tukar telefon atau clear cache.
Bantu pelanggan & hantar User Kit
Customer Care menyediakan User Kit, Customer Welcome, Daftar & Aktivasi SIM — MyDigital ID + XOX 5G, Lokasi Kedai, Syarat MNP, MNP Rejected, Kod SMS Port Out, APN, Video Panduan, Aplikasi XOX 5G dan Info oneXOX.
- Untuk customer jauh, hantar deep-link
/u/ID-DEALER#mydigitalidsupaya pelanggan terus nampak panduan bergambar MyDigital ID + XOX App. - Selepas pendaftaran berjaya, kongsi User Kit Pelanggan melalui pautan
/u/ID-DEALERuntuk kegunaan harian dan after-sales. - User Kit boleh dipasang ke Home Screen, menyokong 4 bahasa dan fungsi asas tertentu boleh dibuka semula offline selepas pernah dibuka online.
- APN semasa: XOX 4G / xox / MCC 502 / MNC 19 / default.
Lengkapkan Smart Digital Card
Kad Digital menggunakan short link seperti /k/A7F2Q dan boleh menggunakan Nama Paparan dealer.
- Foto/logo, 3 tema, lokasi, sosial, Online Store, QR dan Simpan Contact. Gambar Kad/Status kini turut membawa QR sebenar untuk diimbas.
- Thumbnail WhatsApp menggunakan logo rasmi oneXOX 5G dan nama dealer di tengah.
- Preview menggunakan revision unik untuk mengurangkan isu cache lama.
Urus QR Bayaran & WhatsApp
Simpan beberapa QR bayaran, pilih QR utama dan tetapkan aplikasi WhatsApp pilihan.
- WhatsApp biasa, WhatsApp Business atau Tanya setiap kali.
- QR utama boleh dipaparkan dengan cepat kepada pelanggan.
- Backup membantu memulihkan data tempatan apabila perlu.
Aktifkan Peneman Dealer & semak statistik
Pilih hari aktif, Waktu Pintar dan platform WhatsApp Status, Facebook, Instagram, Threads, TikTok atau X.
- Bil & Topup dalam Action Center membantu simpan tarikh bil/topup/renew data/tempoh sah pada peranti dealer dan menyediakan WhatsApp apabila tiba masa follow-up.
- Untuk Web Push, server hanya menerima ID reminder rawak + tarikh/waktu minimum; nama, nombor WhatsApp, pelan dan nota customer tidak dihantar ke server.
- Peneman Dealer mengingatkan rutin tetapi tidak auto-post atau auto-send WhatsApp.
- Ringkasan Tetapan menunjukkan Prospek, aktiviti dealer dan 3 pelan paling banyak dibuka.
- Personalised link menunjukkan masa Dihantar dan Dilihat; Peneman Dealer boleh beri isyarat bila sesuai follow-up.
- Semak Aktiviti 30 Hari, bahasa prospek dan Setup Dealer.
Semak pautan & ulang rutin
Gunakan pautan yang betul dan jadikan promosi, follow-up dan bantuan pelanggan sebagai rutin.
/d/dealer sahaja./c/katalog,/p/satu pelan,/combo/beberapa pelan./k/Kad Digital short link dan/u/User Kit pelanggan. Guna Link Baharu hanya jika preview sosial perlu disegarkan.
Kenali pautan yang betul
Bahagian ini penting supaya pelanggan tidak dibawa ke Paparan Dealer.
eflyersxox.top/d/ID-DEALERTetapan, Action Center, Prospek dan fungsi dalaman. Jangan kongsi kepada pelanggan.eflyersxox.top/c/ID-DEALERKongsi semua pelan melalui paparan pelanggan yang bersih.eflyersxox.top/p/ID-DEALER/KOD-PELANKongsi detail dan thumbnail pelan tertentu. Link Baharu menyegarkan preview sosial.eflyersxox.top/p/ID-DEALER/combo/KATEGORIUntuk Prepaid, Postpaid, Tempoh Sah atau Dealer dalam satu paparan.eflyersxox.top/k/KOD-PENDEKProfil dealer dengan WhatsApp, Simpan Contact, QR, Katalog dan Online Store.eflyersxox.top/n/ID-DEALERPilihan nombor pelanggan. Aktif hanya ketika trial 90 hari atau langganan Nombor Cantik Pro masih sah.Bagaimana mengaktifkan notifikasi Peneman Dealer?
Buka Tetapan → Aplikasi → Peneman Dealer, tekan Aktifkan Notifikasi dan benarkan kebenaran browser. Selepas itu hantar Notifikasi Ujian. Untuk iPhone, aplikasi perlu dipasang pada Home Screen.
Di mana data Prospek & Bil/Topup disimpan?
Maklumat penuh customer/prospek disimpan pada peranti dealer. Untuk fungsi Web Push, server eFlyersXOX hanya menerima ID reminder rawak serta tarikh/waktu minimum — bukan nama, nombor WhatsApp, pelan atau nota. Buat Backup Prospek secara berkala sebelum menukar telefon atau membersihkan data browser.
Bagaimana memilih WhatsApp biasa atau WhatsApp Business?
Buka Tetapan → Aplikasi → Aplikasi WhatsApp. Pilih aplikasi tetap atau gunakan Tanya setiap kali. Pada Android, eFlyersXOX akan cuba membuka aplikasi yang dipilih secara terus.
Pautan mana yang patut saya kongsi?
Gunakan /c/ untuk katalog penuh atau /p/ untuk pelan tertentu. Pautan /d/ hanya untuk dealer.
Apa beza Share, Copywriting dan Link Baharu?
Share membuka menu perkongsian telefon. Copywriting menyediakan teks mengikut platform. Link Baharu digunakan apabila preview poster pada WhatsApp atau media sosial masih memaparkan versi lama.
Apa beza Poster, Poster Info dan Post Siap?
Poster menghasilkan visual teks besar dan boleh dipilih mengikut Facebook, WhatsApp Status, Instagram, Threads, TikTok atau X. Poster Info mengekalkan thumbnail dan manfaat lebih lengkap. Post Siap ialah preset kompilasi beberapa pelan.
Berapa banyak gaya copywriting tersedia?
Up Status mempunyai 8 gaya copywriting dengan sehingga 4 variasi bagi setiap gaya. Copywriting Media Sosial turut mempunyai 6 preset styling teks untuk menjadikan headline dan elemen penting lebih pelbagai.
Adakah Nombor Cantik Pro termasuk dalam lesen utama?
Nombor Cantik Pro ialah add-on pilihan RM20/tahun. Setiap Dealer ID layak mencuba trial 90 hari sekali. Dealer boleh langgan/renew RM20 setahun melalui halaman khas, upload resit dan akses hanya diaktifkan selepas semakan Admin. Bila trial/langganan Pro tamat, Action Center, hook pelan, Copywriting Nombor Cantik dan paparan pelanggan /n/ID-DEALER ditutup; stok serta history dealer kekal disimpan untuk diaktifkan semula selepas renew.
Apa berlaku apabila lesen tamat?
Akses digantung secara automatik sehingga pembaharuan dibuat. Tarikh tamat dan kadar renewal boleh disemak dalam Tetapan.
Di mana saya boleh dapat bantuan?
Gunakan Customer Care untuk bantuan pelanggan atau butang sokongan teknikal dalam Tetapan untuk menghubungi Smart Telco Network.
Sudah bersedia?
Masukkan ID Dealer di bahagian atas atau cari dealer oneXOX yang telah memilih untuk dipaparkan secara awam.