Tab Hari Ini ialah dashboard tindakan. Gunakan ia untuk mengetahui apa yang patut dipromosikan dan siapa yang patut di-follow-up sebelum anda bergerak ke tugas lain.

1

Semak Cadangan Promosi Hari Ini

Pelan diputar mengikut jadual mingguan: Isnin X35, Selasa X22, Rabu B50, Khamis MYSISWA, Jumaat X48, Sabtu B33 dan Ahad Tempoh Sah 12 Bulan.

2

Tekan Buat Status

Butang ini membuka Up Status dengan format WhatsApp Status, gaya Bold Impact dan bahan pelan hari tersebut yang telah dipilih. Semak visual sebelum berkongsi ke My Status.

3

Tekan Post Medsos

Butang ini membuka bahan promosi dalam format media sosial dengan poster dan copywriting yang disediakan. Tekan Kongsi untuk memilih aplikasi.

4

Semak Prospek & Follow-up

Kad Prospek menunjukkan jumlah yang perlu follow-up hari ini serta jumlah tertunggak. Tekan Buka Prospek & Follow-up untuk terus ke senarai yang ditapis.

5

Gunakan isyarat Share Analytics

Jika Cadangan Khas pelanggan sudah dilihat, Peneman Dealer memaparkan isyarat Masa Follow-up. Gunakan ini sebagai petunjuk masa yang sesuai untuk menghubungi pelanggan.

6

Tandakan Sudah Post jika perlu

Selepas posting selesai, tekan Tandakan Sudah Post untuk menambah rekod manual dan membina statistik konsistensi.