Gunakan paparan besar ketika pelanggan berada di depan anda, atau kongsi QR apabila pelanggan membuat bayaran dari peranti lain. Backup pula melindungi koleksi QR apabila anda menukar telefon atau membersihkan data browser.
Tunjuk QR
QR dibuka dalam viewer besar bersama nama QR, pemilik dan maklumat akaun. Tekan Kembali, X atau Back telefon sekali untuk kembali ke senarai QR; viewer tidak lagi menggunakan native browser fullscreen.
Kongsi QR
Tekan Kongsi QR. Masukkan No. WhatsApp pelanggan jika mahu buka chat pelanggan terus. Nombor hanya digunakan untuk membuka WhatsApp dan tidak disimpan. Sistem turut menyediakan visual QR; kerana browser tidak boleh melampirkan imej terus ke chat tertentu, lampirkan gambar QR yang dimuat turun jika perlu. Pilihan Kongsi Gambar QR kekal untuk fungsi share peranti.
Pastikan QR utama betul
QR utama digunakan sebagai rujukan utama pada launcher QR Bayaran. Anda boleh menukar QR utama pada bila-bila masa.
Download Backup
Fail JSON mengandungi rekod dan gambar QR untuk dealer tersebut. Simpan fail di lokasi selamat seperti Google Drive.
Pulihkan backup
Pilih fail backup terdahulu. Rekod akan digabungkan dengan data semasa; rekod dengan ID yang sama akan dikemas kini.