Multi QR Bayaran memudahkan dealer menyimpan beberapa kaedah bayaran pada satu peranti tanpa perlu mencari gambar QR dalam galeri setiap kali pelanggan mahu membuat pembayaran.
Buka QR Bayaran
Senarai menunjukkan jumlah QR, jumlah QR aktif dan QR utama semasa.
Tekan + Tambah QR
Masukkan Nama QR dan pilih jenis Bank, DuitNow QR, eWallet atau Lain-lain.
Isi maklumat tambahan
Nama pemilik akaun, nombor akaun/telefon dan Nota kepada pelanggan adalah pilihan tetapi membantu pelanggan membuat semakan sebelum membayar.
Upload gambar QR
Gunakan PNG, JPG, WEBP atau imej yang jelas. Fail sehingga 10MB diterima sebelum sistem mengecilkan imej sambil mengekalkan QR sejelas mungkin.
Tetapkan QR utama dan status aktif
Tandakan Jadikan QR utama jika ini kaedah bayaran utama. Gunakan Aktif dan boleh dipaparkan untuk menentukan sama ada QR muncul dalam senarai penggunaan.
Urus rekod
Setiap QR boleh Tunjuk QR, Kongsi QR, Edit, Jadikan Utama, Sembunyikan/Aktifkan atau Padam.