Tab Rekod membantu anda melihat sama ada rutin promosi benar-benar konsisten. Rekod dibuat daripada aktiviti perkongsian/download poster atau tindakan manual Tandakan Sudah Post.

1

Buka tab Rekod

Peneman Dealer โ†’ Rekod

Bahagian atas memaparkan Jumlah aktiviti, promosi Minggu Ini dan Streak hari konsisten.

2

Semak Aktiviti Terkini

Senarai menunjukkan nama pelan, cara aktiviti direkod dan tarikh. Sehingga 30 rekod terkini dipaparkan dalam senarai.

3

Fahami cara rekod dibuat

Jika poster dikongsi atau dimuat turun dari Up Status, rekod ditanda sebagai Poster dikongsi / dimuat turun. Jika anda menekan Tandakan Sudah Post, ia direkod sebagai aktiviti manual.

4

Padam rekod jika benar-benar perlu

Tekan Padam Rekod Promosi untuk mengosongkan sejarah Peneman Dealer pada peranti. Tindakan ini memerlukan pengesahan.