User Kit ialah mini PWA pelanggan yang membawa identiti dealer sendiri. Pelanggan tidak perlu login dan boleh membuka fungsi harian oneXOX daripada satu skrin yang compact.

1

Buka menu Kongsi User Kit

Magic Quick Bar โ†’ User Kit

Anda juga boleh buka Customer Care โ†’ User Kit Pelanggan. Kedua-duanya menggunakan pautan dealer yang sama.

2

Pilih bahasa pelanggan

User Kit menyokong BM, English, ไธญๆ–‡ dan เฎคเฎฎเฎฟเฎดเฏ. Pautan yang dikongsi akan menggunakan Bahasa Pelanggan/Kandungan yang sedang aktif.

3

Pilih cara berkongsi

Jika mahu hantar terus melalui WhatsApp, masukkan No. WhatsApp Pelanggan dalam ruang yang disediakan. Nombor itu hanya digunakan untuk membuka WhatsApp dan tidak disimpan. Anda juga boleh gunakan Salin Link, Kongsi, Buka User Kit atau Buka QR. Pautan dealer menggunakan format /u/ID-DEALER.

4

Hantar selepas Customer Welcome

Customer Care โ†’ Customer Welcome โ†’ Hantar User Kit

Jika nombor pelanggan sudah diisi dalam Customer Welcome, nombor itu akan diisi automatik dalam modal Kongsi User Kit. Semak nombor dan tekan Hantar WhatsApp.