Team Lite Slot ialah kapasiti Team Lite Starter untuk Full Dealer/upline. Harga default semasa ialah RM5 bagi 1 slot untuk 1 tahun. Ia bukan kredit aktivasi yang habis dan bukan harga website.
Beli ikut keperluan
1 slot = RM5/tahun secara default. Contoh 10 slot = RM50/tahun. Harga Team Lite Slot disimpan berasingan daripada harga Full Licence dan boleh diubah Admin tanpa mengubah harga Full.
Fahami meter digunakan
Meter SLOT DIGUNAKAN mengira Team Lite aktif serta slot yang masih dalam cooldown selepas removal manual. Menjana link jemputan sahaja tidak menggunakan slot.
Setiap pembelian ada expiry sendiri
Jika anda membeli 5 slot hari ini dan 3 slot pada tarikh lain, kedua-dua blok mempunyai tarikh tamat masing-masing. Kapasiti ialah jumlah blok yang masih aktif ditambah slot manual/bonus jika Admin memberikannya.
Removal manual ada cooldown 30 hari
Apabila upline menekan Keluarkan, Team Lite dihentikan tetapi slot tersebut ditahan dalam cooldown selama 30 hari secara default. Ini mengelakkan satu slot diputar kepada terlalu ramai dealer.
Upgrade Full membebaskan slot serta-merta
Jika Team Lite naik taraf menggunakan ID Dealer yang sama dan Admin meluluskan Full Licence, status Team Lite ditukar kepada upgraded dan slot upline tersedia semula tanpa menunggu cooldown.