Tab Aktiviti & Unjuran 3 Bulan sesuai apabila anda sudah tahu berapa aktivasi, jualan dan aktiviti rangkaian yang dijangka berlaku dalam sebulan. Nilai dikira terus apabila input berubah.
Masukkan Aktivasi Pelan
Pilih pelan Prepaid dan Postpaid serta masukkan jumlah aktivasi. Sistem mengira Activation Incentive (AI) dan Auto E-Recharge berkaitan secara automatik.
Isi Jualan Tambahan
Masukkan SIM terjual, E-Recharge tambahan dan jualan Postpay tambahan. Jumlah E-Recharge dikira ialah gabungan Auto E-Recharge daripada aktivasi dengan E-Recharge tambahan yang anda masukkan.
Sertakan Kempen Semasa jika berkaitan
Aktifkan atau nyahaktifkan checkbox kempen MNP dan KPI Postpaid. Simulator hanya memasukkan kempen apabila tarikh kempen masih aktif.
Isi Pendapatan Rangkaian
Pilih Basic Dealer atau Full Dealer D288, kemudian masukkan lantikan dealer dan nilai top up rangkaian yang berkaitan. Medan Tier 2โ4 hanya digunakan untuk Full Dealer.
Baca kad Anggaran Kasar Bulan Semasa
Jumlah utama dipecahkan kepada Jualan sendiri, Aktivasi pelan, Kempen dan Rangkaian. Sistem turut menunjukkan purata sehari, Auto E-Recharge dan Jumlah E-Recharge.
Semak Unjuran 3 Bulan
Aktiviti bulanan yang sama dianggap berulang untuk Bulan 1 hingga Bulan 3. Bahagian ini berguna untuk melihat kesan apabila kempen tamat atau retention kempen dibawa ke bulan berikutnya.